• 中文
  • English
Home | Contact Us | Site Map |
  • 介绍
  • 探索
  • 租赁
  • 展示图
  • 新闻和活动
  • 询问详情
  • CCP

    Welcome to visit Capital City website

    DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

    1. PENGENALAN

    Kami, Capital City Property Sdn. Bhd. (1049977-V) dan juga kumpulan syarikat-syarikatnya ("Kumpulan CCP") menghormati hak privasi anda dan kami menghormati semua data peribadi yang anda berikan kepada kami. Kumpula CCP bertekad untuk melindungi data peribadi yang dibekalkan oleh anda kepada Kumpulan CCP. Kumpulan CCP tertakluk dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta PDP") dan semua undang-undang yang terpakai di Malaysia berkenaan dengan perlindungan privasi yang menetapkan beberapa prinsip berkaitan data peribadi dan perlindungan pengguna di Malaysia.

    Bagi tujuan Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi ini, "data peribadi" mempunyai makna yang sama sepertimana yang terkandung di dalam Akta PDP tersebut iaitu apa-apa maklumat yang berkenaan dengan transaksi komersial yang:-

    1. sedang diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan yang dikendalikan secara automatik sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan bagi maksud itu
    2.  direkodkan dengan niat bahawa ia sepatutnya diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan itu; atau
    3. direkodkan sebagai sebahagian daripada system pemfailan yang berkaitan atau dengan niat bahawa ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada system pemfailan yang berkaitan yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seorang subjek data, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan seorang pergguna data, termasuk apa-apa data peribadi sensitive dan penyataan pendapat tentang subjek data itu; tetapi tidak termasuk apa-apa maklumat yang diproses bagi maksud suatu perniagaan pelaporan kredit dijalankan oleh sesuatu agensi pelaporan kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi ini dikeluarkan dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

    2. JENIS DATA PERIBADI YANG DIKUMPULKAN

    Sepanjang transaksi dan urusan anda dengan Kumpulan CCP, anda mungkin diminta dari masa ke semasa untuk memberikan Kumpulan CCP, secara langsung atau melalui borang laman web dan/atau kaedah elektronik yang lain, data peribadi anda yang mungkin termasuk nama, jantina, usia, status perkahwinan, tarikh lahir, bangsa, kewarganegaraan, nombor kad pengenalan, nombor passport, maklumat visa, alamat surat-menyurat, alamat emel, nombor telefon, pekerjaan, lingkungan pendapatan, butiran kad kredit atau butiran akaun bank, butiran pembiayaan bagi pembelian harta projek-projek pembangunan perumahan Kumpulan CCP dan/atau maklumat lain yang berkaitan bagi tujuan pengumpulan data peribadi yang terkandung di dalam bahagian 3 (a) di bawah ini.

    Jenis data peribadi yang dikumpul adalah bergantung kepada sifat urusan atau transaksi anda dengan Kumpulan CCP.

    3. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

    1.  Kumpulan CCP mungkin akan mengumpul, menyimpan, menggunakan dan selainnya memproses data peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:-
      1. menyediakan anda dengan perkhidmatan di bawah mana-mana perniagaan Kumpulan CCP; atau
      2. memproses permohonon atau pendaftaran di bawah mana-mana program dan/atau aktiviti-aktiviti yang diaturkan atau dikendalikan oleh Kumpulan CCP atau berkaitan dengan permohonan perkerjaan anda; atau
      3. memaklumkan anda berkenaan perkhidmatan atau pelancaran hartanah atau produk sama ada masa kini atau di masa depan, promosi termasuk penghantaran notis dan bahan pengiklanan dan/atau pemasaran kepada anda (termasuk notis melalui media sosial); atau
      4. penjualan produk dan/atau hartanah yang ditawarkan oleh Kumpulan CCP kepada anda termasuk semua perkara yang berkaitan untuk menyiapkan transaksi jual beli, penyerahan milikan kosong, kerja-kerja pembetulan dan apa-apa perkhidmatan lain selepas penyerahan milikan kosong; atau
      5. memasuki mana-mana urus niaga, perjanjian atau surat cara dalam urusan perniagaan biasa Kumpulan CCP; atau
      6. menunaikan kewajipan kontrak Kumpulan CCP dalam urusan perniagaan biasa Kumpulan CCP; atau
      7. pengurusan dan penyenggaraan hartanah; atau
      8. menuntut pembayaran tertunggak yang kena di bayar kepada Kumpulan CCP termasuk faedah pembayaran lewat; atau
      9. taksiran kredit dan penentusahan latar belakang lain yang perlu atau sesuai bagi Kumpulan CCP atau bagi tujuan pengambilan kerja; atau
      10. pengurusan sumber manusia; atau
      11. penyampaian maklumat perkhidmatan, produk atau promosi berkaitan dengan pihak ketiga yang lain yang mana Kumpulan CCP anggap mungkin diminati oleh anda; atau
      12. menunaikan kewajipan Kumpulan CCP di bawah Akta Syarikat 1965 (seperti yang dipinda pada masa ke semasa) dan undang-undang, peraturan, arahan, garis panduan yang berkenaan pada Kumpulan CCP; atau
      13. bagi aktiviti-aktiviti perniagaan yang sah daripada Kumpulan CCP;
      14. jualan atau jualan potensi, penyusunan semula, penyatuan, penggabungan kesemua atau sebahagian dari perniagaan atau operasi Kumpulan CCP; atau
      15. untuk tujuan-tujuan lain yang bersampingan atau berkaitan atau lanjutan dari tujuantujuan yang diberikan di atas(b) Untuk memudahkan perkara-perkara yang dirujuk di dalam Bahagian 3(a) di atas, ia adalah wajib bagi anda untuk membekalkan Kumpulan CCP dengan data peribadi yang mencukupi sepertimana yang dikehendaki oleh Kumpulan CCP. Jika anda gagal
    2. untuk membekalkan data peribadi sepertimana yang dikehendaki, Kumpulan CCP:
      1. tidak dapat menyampaikan notis-notis diperlukan, perkhidmatan dan/atau produk yang dimintai;
      2. tidak dapat memproses permohonan atau pendaftaran anda bagi perkhidmatan, produk, program dan/atau aktiviti yang di perlukan; dan/atau;dan/atau
      3. tidak dapat masuk ke dalam transaksi, perjanjian atau urus niaga yang perlu dengan anda atau berkenaan dengan anda.
    3. Jika anda tidak mahu Kumpulan CCP menzahirkan, memindahkan, menggunakan atau memproses data peribadi anda selain bagi perkara-perkara yang di senaraikan di dalam bahagian 3 (a) di atas, atau jika anda ingin menarik balik persetujuan anda atau sebahagian daripadanya atau jika anda ingin menghadkan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi Kumpulan CCP secara bertulis kepada pegawai yang berkenaan seperti yang dimaklumkan di bahagian 7 (c) di bawah ini

    4. PENZAHIRAN

    Kumpulan CCP akan menzahirkan data peribadi anda kepada pihak berikut sepertimana yang diperlukan bagi tujuan-tujuan yang terkandung di dalam bahagian 3 (a) di atas atau untuk tujuan-tujuan sah yang lain

    (a) Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bank Negara Malaysia, Pegawai Pemegang Harta Bahagian Insolvensi Malaysia, mana-mana pihak, perbadanan atau agensi kerajaan di bawah undang-undang, arahan atau peraturan mana-mana badan berkanun atau pihak       berkuasa yang berkenaan;

    (b) mana-mana syarikat berkaitan dan anak syarikat Kumpulan CCP;

    (c) rakan kongsi perniagaan dan anggota gabungan Kumpulan CCP;

    (d) juruaudit, konsultan, akauntan, peguam atau penasihat kewangan termasuk institutsi kewangan yang berkaitan;

    (e) agen, kontraktor, sub-kontraktor, operator rangkaian, perkhidmatan atau pembekal produk pihak lain;

    (f) syarikat-syarikat pengurusan dan penyenggaraan harta pihak ketiga;

    (g) mana-mana institutsi kewangan, peguam, dan penasihat professional yang dilantik oleh anda;

    (h) mana-mana pihak dibawah kewajipan kerahsiaan kepada Kumpulan CCP; dan/atau

    (i) entiti lain yang Kumpulan CCP anggap patut.

    5. POLISI PERLINDUNGAN

    Kumpulan CCP akan mengambil langkah-langkah praktikal untuk melindungi data peribadi anda dari kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan dengan mengambil kira

    (a)sifat data peribadi dan kemudaratan yang mungkin timbul;

    (b)tempat atau lokasi di mana data peribadi itu disimpan;

    (c) apa-apa langkah keselamatan yang digabungkan ke dalam apa-apa kelengkapan di mana data peribadi itu disimpan;

    (d) langkah yang diambil bagi memastikan kebolehpercayaan, integriti, dan kewibawaan personel yang mempunyai akses kepada data peribadi; dan

    (e) langkah yang diambil bagi memastikan pemindahan selamat data peribadi itu

    Kumpulan CCP akan memastikan bahawa mana-mana dasar keselamatan yang digubal atau dilaksanakan oleh Kumpulan CCP mematuhi tahap keselamatan yang dikehendaki di bawah Akta PDP tersebut dan apa-apa undang-undang yang berkuat kuasa dari masa ke semasa

    Maklumat Peribadi anda mungkin perlu dipindahkan kepada entiti lain atau pembekal perkhidmatan yang terletak di negara-negara di luar Malaysia. Ini mungkin berlaku apabila pembekal dan penyedia perkhidmatan Kumpulan CCP itu berada di luar Malaysia atau di mana anda telah menggunakan perkhidmatan kami di negara luar Malaysia. Dalam keadaan ini Kumpula CCP akan mengambil langkah- langkah untuk memastikan hak-hak privasi anda dilindungi mengikut Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi ini.

    6. TAHAP PENYIMPANAN

    Kumpulan CCP akan menyimpan data peribadi yang diberi oleh anda selama mana yang diperlukan untuk memenuhi sebab-sebab dimana ia di perlukan atau apa-apa tempoh masa yang lain yang diperlukan dan / atau dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa dari masa ke semasa Jika mana-mana data peribadi tidak lagi diperlukan bagi maksud yang mana ia diproses, Kumpulan CCP akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi tersebut adalah dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal

    7. HAK AKSES DAN PEMBETULAN

    Di bawah Akta PDP, anda mempunyai hak akses kepada data peribadi anda yang dipegang oleh kami tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan seperti yang terkandung didalam Peraturan-Peraturan Perlindungan Data Peribadi (Fi) 2013. Sekiranya anda tahu bahawa data peribadi anda yang dipegang oleh kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda harus membuat permintaan bertulis kepada kami untuk mengemaskini data tersebut. Anda boleh menghantar permintaan atau sebarang pertanyaan kepada kami secara bertulis epada Kumpulan CCP di alamat berikut


    Perhatian

    :

    Info@capitalcity.com.my

    Alamat Surat-menyurat

    :

    01-01& 01-02 Pangsapuri Jentayu, Jalan Tampoi,

    81200 Johor Bahru, Johor

    No Telefon

    :

    07-2386622

    No Faks

    :

    07-2363322

    DENGAN MEMBERIKAN DATA PERIBADI ANDA KEPADA KUMPULAN CCP, ANDA DENGAN INI MEMBENARKAN KUMPULAN CCP MEMPROSES DATA PERIBADI ANDA SEPERTI YANG DINYATAKAN DI ATAS

     

     

    2010 Capital City. All rights reserved.